https://www.tiffany.my (“Laman Web”) ialah laman web yang dikendalikan oleh TIFFANY & CO. JEWELERS MALAYSIA SDN. BHD. (“kami”, “Tiffany & Co.”).
Penggunaan Laman Web ini oleh anda tertakluk kepada Terma Penggunaan Laman Web ini (“Terma Penggunaan”), yang memberitahu anda asas penggunaan Laman Web kami.
Pembelian produk yang kami bekalkan kepada anda melalui Laman Web ini (sama ada pesanan dibuat dalam talian atau melalui telefon) (“Produk”) adalah tertakluk kepada Terma-terma Jualan Laman Web (“Terma Jualan”).
Sila baca Terma Penggunaan ini dengan teliti. Terma ini, bersama dengan dasar privasi kami dan, sekiranya anda membeli Produk melalui Laman Web kami, Terma Jualan kami, mengawal hubungan antara kami dengan anda berkaitan dengan Laman Web ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenainya atau tidak ingin menerimanya, sila hubungi jabatan Khidmat Pelanggan kami di clientcare.my@tiffany.com atau Bebas Tol di 1800 18 1660 sebelum menggunakan Laman Web ini.
Kami mungkin mengubah Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa dengan mengemas kini halaman ini. Penggunaan Laman Web ini secara berterusan selepas penyiaran Terma Penggunaan yang disemak bermakna anda menerima dan bersetuju dengan perubahan tersebut. Anda patut menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk menyemak terma-terma ini bagi memastikan anda mengetahui sebarang perubahan.
Menggunakan atau mengakses Laman Web ini menunjukkan penerimaan anda terhadap Terma Penggunaan ini. Jika anda tidak menerima Terma Penggunaan ini, anda tidak boleh menggunakan atau mengakses Laman Web ini.
Kami ialah TIFFANY & CO. JEWELERS MALAYSIA SDN. BHD. Pejabat berdaftar kami di Unit 25.02-03, Tingkat 25, Wisma Chuang, 34 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Nombor SST kami: W10-2501-32000103 dan nombor pendaftaran kami ialah 199701000819.
Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di clientcare.my@tiffany.com atau Bebas Tol di 1800 18 1660.
Laman Web yang Terma Penggunaan ini terpakai kepadanya dan yang menjadi tanggungjawab kami adalah https://www.tiffany.my.
Kami menyediakan Laman Web ini untuk kegunaan peribadi anda yang bukan bersifat komersial. Kami boleh mengubah suai, menarik balik atau menolak akses ke Laman Web ini pada bila-bila masa. Kami tidak akan bertanggungjawab jika atas apa jua sebab kesuluruhan atau mana-mana bahagian Laman Web tidak tersedia pada bila-bila masa atau untuk sebarang tempoh.
Kami boleh menarik balik atau menolak akses ke Laman Web ini pada bila-bila masa kepada mana-mana pengguna, ke beberapa bahagian Laman Web atau keseluruhan Laman Web, termasuk mana-mana pengguna yang melanggar mana-mana terma yang terkandung dalam Terma Penggunaan ini.
Untuk mengakses Laman Web atau beberapa sumber yang ditawarkannya, anda mungkin diminta untuk memberikan butiran pendaftaran tertentu atau maklumat lain. Ia adalah syarat penggunaan anda terhadap Laman Web ini bahawa semua maklumat yang anda berikan di Laman Web adalah betul, terkini dan lengkap. Anda bersetuju bahawa semua maklumat yang anda berikan untuk mendaftar dengan Laman Web ini atau sebaliknya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, melalui penggunaan sebarang ciri interaktif di Laman Web, ditadbir urus oleh dasar privasi kami. Jika anda memilih atau diberikan kod pengenalan pengguna, kata laluan atau sebarang maklumat lain sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan kami, anda mesti memastikan maklumat tersebut selamat dan melayan maklumat tersebut sebagai sulit dan anda tidak boleh mendedahkannya kepada mana-mana pihak ketiga. Anda juga mengakui bahawa akaun anda adalah untuk kegunaan peribadi anda dan bersetuju untuk tidak memberikan mana-mana orang lain akses kepada Laman Web ini atau mana-mana bahagiannya dengan menggunakan nama pengguna, kata laluan atau maklumat keselamatan anda yang lain. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera tentang sebarang akses atau penggunaan tanpa kebenaran nama pengguna atau kata laluan anda atau sebarang pelanggaran keselamatan yang lain. Anda juga bersetuju untuk memastikan anda keluar dari akaun anda pada akhir setiap sesi. Anda patut berhati-hati semasa mengakses akaun anda dari komputer awam atau komputer yang dikongsi supaya orang lain tidak dapat melihat atau merekod kata laluan atau maklumat peribadi anda yang lain.
Kami berhak untuk menyahaktifkan mana-mana nama pengguna, kata laluan atau pengecam lain, sama ada yang dipilih oleh anda atau diberikan oleh kami, pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami atas apa-apa atau tanpa sebab, termasuk jika, pada pendapat kami, anda telah melanggar mana-mana peruntukan Terma Penggunaan ini.
Laman Web ini dan semua kandungannya termasuk, tanpa had, semua teks, perisian, kod sumber perisian, tanda dagangan, logo, reka bentuk, imej, gambar foto, bahan audio visual, bahan bertulis dan sebarang bentuk bahan lain (“Kandungan Laman Web”) dimiliki oleh kami atau dilesenkan kepada kami oleh pihak ketiga. Hak cipta dan semua hak harta intelek lain dalam semua Kandungan Laman Web dimiliki oleh kami atau pemberi lesen kami. Sebarang hak atau lesen Kandungan Laman Web yang tidak diberikan secara nyata oleh Terma Penggunaan adalah terpelihara.
Nama-nama TIFFANY, TIFFANY & CO., T&CO., TIFFANY 1837, TIFFANY SETTING, TIFFANY FOR MEN, THE TIFFANY MARK, TIFFANY GRAND, TIFFANY LEGACY, THE TIFFANY LEGACY COLLECTION, TIFFANY NATURE, TIFFANY JAZZ, TIFFANY HEARTS, TIFFANY SIGNATURE, TIFFANY CELEBRATION, ATLAS, LUCIDA, SCHLUMBERGER, SELECTIONS, STREAMERICA DAN PURE TIFFANY serta TIFFANY BLUE BOX dan warna TIFFANY BLUE ialah tanda dagangan Tiffany (NJ) LLC dan/atau sekutunya dan digunakan di bawah lesen.
ELSA PERETTI, DIAMONDS BY THE YARD, PEARLS BY THE YARD dan BEAN DESIGN ialah tanda dagangan Elsa Peretti. Hak cipta dan hak harta intelek lain dalam reka bentuk Elsa Peretti dimiliki oleh Elsa Peretti.
PALOMA PICASSO dan X DESIGN ialah tanda dagangan Paloma Picasso. Hak cipta dan hak harta intelek lain dalam reka bentuk Paloma Picasso dimiliki oleh Paloma Picasso.
FRANK GEHRY dan GEHRY ialah tanda dagangan Frank O. Gehry.
Kecuali seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan, penggunaan Kandungan Laman Web anda tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik Kandungan Laman Web dilarang sama sekali. Anda boleh mencetak satu salinan dan boleh memuat turun petikan daripada mana-mana halaman Laman Web ini untuk kegunaan peribadi bukan komersial dengan syarat:
- anda tidak mengubah suai, mengedarkan, menghantar, memaparkan, menghasilkan semula, mencipta karya terbitan daripadanya, menjual, melesenkan atau sebaliknya menggunakan Kandungan Laman Web tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
- tiada grafik digunakan secara berasingan daripada teks yang mengiringinya;
- notis hak cipta dan tanda dagangan kami terdapat dalam semua salinan dan anda mengakui Laman Web ini sebagai sumber bahan tersebut; dan
- pihak yang kepadanya anda memberikan bahan ini dimaklumkan tentang sekatan-sekatan ini.
Kami memantau pasaran untuk pelanggaran hak harta intelek kami dan merizabkan hak untuk mengambil sebarang tindakan yang kami anggap wajar untuk melindungi hak kami.
Pelawat laman web ini bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan mereka terhadap undang-undang tempatan yang berkaitan dengan penggunaan dan akses kepada laman web ini.
Tambahan pula, sila maklum bahawa pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang kawalan eksport dan sekatan yang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada larangan terhadap pemindahan barangan mewah ke Rusia, Korea Utara dan Belarus.
Kami tidak menjamin bahawa Laman Web ini akan serasi dengan semua atau mana-mana perkakasan dan perisian yang mungkin anda gunakan. Kami tidak menjamin bahawa penggunaan Laman Web ini tidak akan menyebabkan kerosakan kepada mana-mana harta benda, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan data atau jangkitan virus komputer. Kami tidak menerima sebarang liabiliti terhadap virus dan anda dinasihatkan agar mengambil segala langkah berjaga-jaga yang sewajarnya sebelum memuat turun maklumat atau imej daripada Laman Web. Kami tidak menjamin bahawa Laman Web ini akan tersedia sepanjang masa atau pada bila-bila masa tertentu. Kami merizabkan hak untuk menarik balik atau mengubah suai Laman Web ini pada bila-bila masa.
Dalam apa jua keadaan, kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga terhadap apa-apa ganti rugi berbangkit, tidak langsung, sampingan, khas, teladan, punitif atau dipertingkatkan, kehilangan data, keuntungan atau hasil, atau penurunan nilai, yang timbul daripada, berkaitan dengan dan/atau berhubung dengan sebarang pelanggaran Terma Penggunaan ini, tanpa mengira: (a) sama ada ganti rugi tersebut boleh dijangkakan; (b) sama ada kami telah dimaklumkan atau tidak tentang kemungkinan berlakunya ganti rugi tersebut; dan (c) teori undang-undang atau ekuiti (kontrak, tort atau selainnya) yang menjadi asas kepada tuntutan tersebut.
Liabiliti maksimum tunggal dan keseluruhan kami atas apa-apa sebab sekalipun, serta satu-satunya remedi eksklusif yang tersedia kepada anda bagi apa-apa sebab sekalipun, hendaklah terhad kepada harga pembelian sebenar yang telah anda bayar bagi Produk yang anda beli daripada kami.
Kami tidak akan menanggung apa-apa liabiliti atau bertanggungjawab terhadap anda, dan tidak akan dianggap telah mungkir atau melanggar Terma Penggunaan ini, atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam melaksanakan kewajipan kami di bawah ini, jika dan setakat kegagalan atau kelewatan tersebut disebabkan oleh atau berpunca daripada perbuatan atau keadaan di luar kawalan munasabah kami, termasuk, tanpa had, bencana alam, banjir, kebakaran, gempa bumi, letupan, tindakan kerajaan, peperangan, pencerobohan atau permusuhan (sama ada perang diisytiharkan atau tidak), ancaman atau tindakan keganasan, rusuhan atau pergolakan awam yang lain, darurat negara, revolusi, pemberontakan, tindakan industri, pandemik, epidemik, penutupan tempat kerja oleh majikan, mogok atau pertikaian buruh yang lain (sama ada berkaitan dengan tenaga kerja kami atau tidak) atau sekatan atau kelewatan yang menjejaskan pengangkut, atau ketidakupayaan atau kelewatan dalam mendapatkan bekalan bahan yang mencukupi atau sesuai, gangguan bahan atau telekomunikasi, kegagalan teknologi maklumat, kegagalan pihak ketiga (termasuk kegagalan membekalkan data) atau gangguan bekalan elektrik.
Sila ambil perhatian bahawa tiada apa-apa yang terkandung dalam ini dalam apa jua cara menjejaskan hak berkanun anda.
Maklumat yang terkandung di Laman Web ini diberikan untuk maklumat umum dan minat sahaja. Walaupun kami cuba memastikan maklumat yang terkandung di Laman Web adalah tepat dan terkini, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ketidaktepatan dalam maklumat tersebut. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada maklumat ini dan kami mengesyorkan agar anda mendapatkan nasihat lanjut atau mendapatkan panduan lanjut sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terkandung di Laman Web ini. Liabiliti kami kepada anda seperti yang dijelaskan di atas kekal tidak terjejas oleh perkara ini.
Secara khusus, sila ambil perhatian bahawa sesetengah Produk mungkin kelihatan sedikit lebih besar atau lebih kecil daripada saiz sebenar disebabkan oleh tetapan lalai skrin dan teknik fotografi. Produk lain mungkin dipaparkan dalam saiz yang lebih besar daripada saiz sebenar untuk menunjukkan butiran dengan jelas atau dalam saiz yang lebih kecil daripada saiz sebenar untuk menunjukkan keseluruhan produk.
Barangan dagangan TIFFANY & CO.® boleh didapati secara eksklusif daripada www.tiffany.com, www.tiffany.ca, www.fr.tiffany.ca, www.tiffany.com.br, www.tiffany.co.jp, www.tiffany.com.au, www.tiffany.co.uk, www.tiffany.at, www.tiffany.be, www.tiffany.fr, www.tiffany.de, www.tiffany.ie, www.tiffany.it, nl.tiffany.com, www.tiffany.es, www.tiffany.ae, www.tiffany.cn, www.tiffany.kr, www.tiffany.co.in, www.tiffany.my, www.tiffany.sg, kedai dan katalog Tiffany & Co. serta peruncit sah untuk jam tangan jenama TIFFANY & CO.® dan cermin mata jenama TIFFANY & CO.®. Pembeli patut berwaspada terhadap barangan yang didakwa sebagai barangan TIFFANY & CO.® yang dijual melalui saluran yang tidak dibenarkan. Berhati-hati dengan barangan tiruan.
Kami mungkin memautkan ke laman web lain yang di luar kawalan kami. Apabila kami berbuat demikian, kami akan cuba menjelaskan sejelas mungkin bahawa anda sedang meninggalkan Laman Web kami. Kami sama sekali tidak bertanggungjawab terhadap laman web tersebut. Ia menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak terma dan syarat serta dasar privasi di mana-mana laman web lain yang anda lawati.
Anda tidak boleh memautkan ke Laman Web ini dari laman web lain melainkan anda mematuhi garis panduan berikut dan mendapatkan persetujuan kami secara bertulis terlebih dahulu (pemberian persetujuan tersebut mungkin tertakluk kepada syarat-syarat selanjutnya):
- pautan mestilah ke laman utama Laman Web di https://www.tiffany.my;
- anda tidak boleh membuat bingkai atau sebarang sempadan lain di sekeliling laman web tersebut;
- laman web yang ingin anda pautkan mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan tidak boleh mengandungi kandungan yang mungkin dianggap tidak menyenangkan atau menyinggung perasaan; dan
- anda tidak boleh mengimplikasikan bahawa kami menyokong atau berkaitan dengan mana-mana laman web, produk atau perkhidmatan lain.
Anda tidak dibenarkan (dan tidak boleh membantu pihak lain) untuk mewujudkan pautan daripada laman web anda sendiri ke Laman Web (sama ada melalui pemautan hiperteks, pemautan dalam, pembingkaian, teknik togol atau apa-apa kaedah lain) tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu, yang boleh kami berikan atau enggan berikan mengikut budi bicara mutlak kami.
Anda bersetuju bahawa apabila mengakses Laman Web, anda tidak akan mengekstrak atau mengumpulkan maklumat harga, sama ada secara manual atau dengan menggunakan perangkak web, robot web atau apa-apa teknologi perangkakan web yang lain.
Pembentukan, kewujudan, pentafsiran, pelaksanaan, kesahan dan semua aspek Terma Penggunaan ini atau mana-mana terma Terma Penggunaan ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Mahkamah Malaysia akan mempunyai bidang kuasa tidak eksklusif untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Terma Penggunaan ini atau penggunaan Laman Web.
Jika mana-mana peruntukan dalam Terma Penggunaan ini didapati tidak sah, menyalahi undang-undang, terbatal atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan disifatkan dipisahkan daripada Terma Penggunaan ini dan tidak akan menjejaskan kesahan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan lain dalam Terma Penggunaan ini. Sebarang kelewatan atau kegagalan kami untuk melaksanakan apa-apa kuasa, hak atau remedi di bawah Terma Penggunaan ini tidak akan dianggap sebagai penepian terhadap kuasa, hak atau remedi tersebut. Pelaksanaan sekali sahaja atau sebahagian daripada mana-mana kuasa, hak atau remedi tersebut juga tidak akan menghalang pelaksanaan lain atau selanjutnya terhadapnya.
Terma Penggunaan ini tidak memberikan dan tidak bertujuan untuk memberikan, sebarang hak atau remedi kepada mana-mana pihak selain anda, kecuali dinyatakan secara nyata dalam Terma Pengunaan ini. Seseorang yang bukan pihak kepada kontrak yang mengawal Terma Penggunaan antara anda dengan kami tidak berhak untuk menguatkuasakan mana-mana terma kontrak tersebut.